Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    EU adakan rundingan keahlian Albania, Macedonia Utara

    BRUSSELS, 19 JULAI – Kesatuan Eropah (EU) mengadakan perbinca-ngan keahlian hari ini dengan Albania dan Macedonia Utara – satu langkah yang telah lama tergendala untuk menyertai negara-negara ahli.

    Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Edi Rama dari Albania dan Dimitar Kovacevski dari Macedonia Utara.

    “Inilah apa yang ditunggu-tunggu oleh rakyat awda untuk satu tempoh yang lama dan telah bekerja keras serta inilah yang mereka sepatutnya dapat,” kata beliau.

    Proses untuk menyertai blok yang kini terdiri daripada 27 negara-negara ahli masih boleh mengambil masa bertahun-tahun, tetapi langkah rasmi itu menandakan kemenangan kecil bagi negara-negara calon.

    “Ia adalah satu kepuasan yang besar, selepas 17 tahun, hari ini kita akhirnya memulakan perundingan ini,” kata Kovacevski, pemimpin bagi negara yang telah berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk perubahan nama secara terpaksa, dalam perjalanan untuk menyertai EU.

    “Kami menyediakan perspektif baharu untuk negara dan rakyat kami secara berterusan tetapi sudah pasti kami akan menyertai keluarga besar Eropah,” katanya.

    Sementara itu, Rama, pemimpin bagi Albania yang telah memohon mendapatkan keahlian pada 2009, mengakui rundingan itu mungkin mengambil masa yang lama.

    “Kami tahu ia bukanlah permulaan kepada pengakhiran, tetapi ia hanyalah penamat bagi sesuatu permulaan,” katanya, memparafrasa komen perdana menteri Britain, Winston Chuchill pada tahun 1942 – tiga tahun sebelum berakhirnya Perang Dunia Kedua. – AFP

    (Dari kanan) Presiden EU, Ursula von der Leyen; Perdana Menteri Albania, Edi Rama; Perdana Menteri Utara Macedonia, Dimitar Kovacevski dan Perdana Menteri Republik Czech, Petr Fiala semasa menghadiri mesyuarat di ibu pejabat EU, Brussels. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...