Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    EU rancang sekat minyak, gas Rusia

    LUXEMBOURG, 11 APRIL – Dikejutkan dengan kemusnahan dilakukan oleh tentera Rusia di Ukraine, menteri-menteri luar negeri Kesatuan Eropah (EU) melancarkan rundingan hari ini bagi pusingan sekatan keenam namun konsensus terbukti semakin sukar.

    “Membincangkan tentang Ukraine bermaksud sudah pasti untuk bercakap tentang keberkesanan sekatan kita,” kata Josep Borrell, diplomat tertinggi Kesatuan Eropah (EU), kepada wartawan di Luxembourg ketika dia tiba bagi mesyuarat menteri-menteri luar negeri.

    Sementara lima pusingan sekatan sudah pun dikenakan sejak serangan Rusia ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu – yang terakhir pada Jumaat lalu – ‘sudah pasti menteri-menteri akan membincangkan apa langkah seterusnya’, katanya.

    EU kini komited terhadap apa yang diucapkan oleh ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen mengenai ‘sekatan paling ketat’ ke atas Rusia.

    Namun setakat ini halangan daripada mencapai sekatan itu yang akan menjejaskan tabung Moscow adalah ‘boikot ke atas eksport minyak dan gas Rusia’.

    Josep Borrell semasa melihat nota menjelang permulaan mesyuarat EU di Luxembourg pada 11 April. – AFP

    Pusingan sekatan kelima termasuk tegahan ke atas import arang Rusia ke EU – dan langkah pertama paling penting adalah larangan diperluaskan ke atas bekalan tenaga.

    Ramai menteri-menteri yang tiba bagi mesyuarat hari ini menyokong pendekatan paling maksimum yang akan melibatkan pengharaman minyak dan gas Rusia.

    Namun mereka juga menekankan kepentingan untuk mengekalkan konsensus dan perpaduan EU.

    Salah satu halangan untuk melanjutkan sekatan tenaga adalah Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban, seorang pemimpin EU yang rapat dengan presiden Rusia yang memenangi semula penggal keempat seminggu yang lalu.

    Orban enggan untuk meneruskan sekatan selanjutnya. Bagaimanapun, sekatan EU memerlukan sebulat suara daripada semua 27 negara anggota.

    Perkara lain termasuk kebergantungan beberapa negara EU termasuk Jerman, Austria, Bulgaria dan Itali ke atas hidorkarbon Rusia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...