Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ezad Lazim tak sabar tonjol sisi lain dalam ‘Bidadari’

    Tampil dengan single terbaharu berjudul Bidadari, penyanyi Ezad Lazim mendedahkan lagu tersebut sepatutnya dilancarkan pada tahun lalu.

    Bagaimanapun Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim berkata ia terpaksa ditangguhkan gara-gara pandemik COVID yang melanda.

    “Sepatutnya lagu ini sudah dilancarkan pada tahun lalu, namun isu kesihatan yang melanda negara sedikit memberi kesan kepada ’timeline’ pelancaran.

    “Saya amat bersyukur apabila ‘team’ Datu Entertainment berjaya menyiapkan lagu ini lebih awal daripada jangkaan.

    “Besar harapan saya agar lagu ini dapat memenangi hati peminat yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada saya,” jelas Ezad.

    Ezad Lazim mendedahkan lagu Bidadari sepatutnya dilancarkan pada tahun lalu. – Agensi

    Lebih menarik lagu tersebut merupakan kisah yang diilhamkan oleh penulis lirik dan komposer Don Ozel ketika mendengar ceramah seorang ustaz.

    Bersyukur akhirnya lagu tersebut dapat diperdengarkan kepada peminat, penyanyi berusia 42 tahun ini menganggap ia satu karya yang sangat bermakna.

    Malah, vokalis kumpulan Exists ini turut melahirkan rasa teruja memandangkan lagu tersebut menonjolkan sisi berbezanya.

    “Alhamdulillah single terbaharu saya akhirnya menemui peminat. Ia satu karya penuh makna yang menghargai keberadaan seorang wanita dalam si jejaka.

    “Bidadari diilhamkan melalui pengalaman pencipta lagu ini sendiri setelah mendengar ceramah seorang ustaz.

    “Saya begitu teruja dengan lagu rancak ini lain dari lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan. Lagu ini juga menunjukkan sisi lain diri saya,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...