Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Fezrul Khan bersuara isu babak cekik

    Fezrul Khan bin Junaidi Khan lebih mesra dipanggil Fezrul merupakan antara seorang pelakon lelaki yang berbakat di Malaysia.

    Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2004 menerusi filem SH3 dan sejak itu, membintangi puluhan drama dan telefilem.

    Dia telah kongsikan satu video di tiktok miliknya @fezrulkhan dan memberi penjelasan mengenai babak dalam sebuah filem berjudu Batu Syaitan yang dia lakonkan bersama dua pelakon wanita. Dalam sedutan video tersebut, terlihat pelakon Reen Rahim melakonkan babak dijerut oleh Fezrul.

    Menerusi video tersebut, Fezrul meminta warganet untuk menilai dengan apa yang diperlihatkan dalam video itu. Katanya, kalau belajar jujitsu pun tak boleh nak cekik dengan menggunakan sebelah tangan. Fezrul turut mengungkapkan rasa tidak puas hati apabila dijerit seusai sahaja director cut babak tersebut.

    Tulisnya lagi, dia sudah berpengalaman lama dalam industri lakonan ini dan ketika babak itu dia cuba untuk menampakkan babak tersebut selari dengan genre Horror.

    “Aku dah lebih 20 tahun belakon kau? Kau buat cerita apa eh? Awak dah makan jom kita makan. Ni horror faham ke tidak? Ke kau saja nak tunjuk depan kau?”

    Fezrul juga mengatakan bahawa dirinya tidak mahu lagi berkerjasama dengan pelakon itu.

    Tambahnya lagi, berlakon ini bukan hanya untuk mengejar populariti tetapi kena jujur.

    Diruangan komen, rata-rata mengaitkan dengan temuramah Reen Rahim bersama rancangan Melodi, baru-baru ini. Reen dikatakan mengamok di set penggambaran gara-gara bengang dengan seorang pelakon yang tidak disebutkan nama. Kata Reen, pelakon lelaki itu dianggap terlalu kasar terhadapnya sehinggakan dia merasa kesakitan ketika berlakon. – Agensi

    Fezrul turut mengungkapkan rasa tidak puas hati apabila dijerit seusai sahaja director cut babak tersebut. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...