Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Fikry tidak selesa terima pujian berkaitan tubuh badan

    Pelakon Fikry Ibrahim mengaku tidak selesa jika menerima pujian berkaitan tubuh badannya.

    Agak sensitif dengan perkara itu, Fikri atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 28, menyifatkan tindakan itu sebagai satu gangguan seksual.

    “Pernah berlaku kepada saya apabila hendak menukar baju di lokasi penggambaran dan ada yang menegur seolah-olah tidak salah tayang badan di depan orang lain.

    “Saya seorang yang amat sensitif dengan perkataan dan cuba bayangkan jika saya sebagai lelaki berkata sebegitu kepada seorang wanita.

    “Walaupun ia bukan satu bentuk buli secara ekstrem namun saya anggap ia seperti gangguan seksual yang boleh ganggu emosi.

    Fikry Ibrahim mengaku tidak selesa jika menerima pujian berkaitan tubuh badannya. – Agensi

    “Jika perkara ini tidak dibetulkan ia akan menjadi sesuatu yang normal dalam kehidupan harian,” katanya kepada media. Fikry berkata demikian ketika diminta mengulas pengalaman buli yang berlaku dalam hidupnya pada sidang media drama terbaharu berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta yang berlangsung secara atas talian pada Jumaat.

    Menerusi drama ini, Fikry membawakan watak seorang suami yang menjadi mangsa dera isteri lakonan Emma Maembong.

    “Isu yang dipaparkan menerusi drama ini juga sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

    “Justeru drama sebegini seharusnya menjadi pengajaran buat kita agar masalah sama tidak terjadi kepada diri sendiri,” jelasnya.

    Dalam masa sama Fikry juga sedar jalan cerita yang diketengahkan pasti akan mendapat maklum balas kurang baik dari segelintir pihak.

    Dia bersedia dengan semua komen namun berharap agar tidak membabitkan sebarang kisah peribadi mana-mana pihak.

    “Saya terima watak drama ini kerana ia menampilkan satu jalan cerita yang berbeza.– Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...