Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Filem KKN di Desa Penari, didakwa kisah benar

    Filem seram Indonesia, KKN di Desa Penari meraih kejayaan luar biasa bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia dan Singapura.

    Filem ini mendapat perhatian selepas didakwa ia adalah kisah benar daripada bebenang Twitter yang diceritakan oleh akaun @simpleman sekitar tahun 2019.

    Kisah tersebut dikatakan kisah benar yang terjadi kepada enam pelajar yang sedang menjalani tugasan universiti di sebuah perkampungan pada tahun 2009. Enam pelajar itu adalah Ayu, Nur, Widya, Wahyu, Bima, dan Anton.

    Desa yang dipilih pelajar itu ternyata menyimpan banyak misteri sehingga mereka harus mematuhi arahan.

    Pelajar tersebut kemudian mengalami pelbagai kejadian seram kerana ada pelajar yang melanggar peraturan.

    Bagaimanapun, difahamkan lokasi sebenar latar cerita telah ditukar kepada nama Desa Penari.

    Sebelum ini cerita KKN di Desa Penari itu tular di media sosial pada tahun 2019 hingga menjadi topik perbualan ramai.

    Kemudian, MD Pictures tartarik untuk memfilemkan cerita berkenaan yang akhirnya dibintangi Tissa Biani sebagai Nur, Adinda Thomas sebagai Widya, Aghniny Haque sebagai Ayu, Ahmad Megantara sebagai Bima, serta Calvin Jeremy sebagai Anton.

    Filem yang diarahkan oleh Awj Suryadi ini pada awalnya dirancang untuk ditayangkan pada Mac 2020 namun tertunda kerana pandemik COVID. – Agensi

    Barisan pelakon filem KKN di Desa Penari yang menjadi fenomena di Indonesia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...