Saturday, March 25, 2023
22.9 C
Brunei

-

Finland sedia sertai NATO

HELSINKI, 10 APRIL – Finland bersedia untuk kemungkinan keputusan bersejarah ‘sebelum pertengahan musim panas’ mengenai sama ada membuat permohonan untuk menyertai NATO sebagai penghalang terhadap pencerobohan Rusia.

Negara yang mempunyai 5.5 juta penduduk sebelum ini tidak mempunyai ikatan ketenteraan, sebagai sebahagian untuk mengelak provokasi negara jirannya, yang mana mereka berkongsi sempadan sejauh 1,300 kilometer.

Tetapi pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu menyaksikan sokongan awam untuk menyertai NATO meningkat dua kali ganda daripada 30 kepada 60 peratus, menurut undian.

“Jangan memandang remeh keupayaan Finland untuk membuat keputusan mendadak apabila dunia berubah,” kata bekas Perdana Menteri, Alexander Stubb kepada AFP.

Beliau kini percaya Finland yang membuat permohonan keahlian adalah ‘kesimpulan yang sudah lama diketepikan’ selepas Finland me-nimbang semula hubungan mereka dengan jirannya.

Minggu depan, semakan keselamatan kebangsaan akan dihadapkan ke parlimen bagi membantu ahli parlimen Finland untuk membuat keputusan, sebelum membuat undian.

“Kami akan membuat perbincangan dengan berhati-hati tetapi tidak akan mengambil masa yang lama,” kata Perdana Menteri, Sanna Marin semasa sidang media Jumaat lalu. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -