Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ford Ranger baharu tampil lasak

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Ford Ranger generasi terkini secara rasmi memasuki pasaran Brunei dengan pelancarannya di Bilik Pameran Premier Automobiles Sdn Bhd (PASB), selaku pengimport dan pengedar tunggal sah Ford di Brunei, hari ini.

    Menurut kenyataan PASB, perbezaan paling ketara pada Ranger terkini itu adalah rekaan luaran dengan penampilan baharu yang lasak.

    Dengan rekaan lampu utama C-clamp istimewa hingga gril baharu yang lebih besar, Ranger generasi terkini itu kelihatan dan terasa lebih seperti trak pikap yang mantap.

    Berada di atas casis yang lebih lebar dan kukuh, Ranger baharu itu menawarkan kebolehan penundaan dan mengangkut yang luar biasa serta keupayaan luar jalan yang hebat.

    PASB memperkenalkan tiga jenis model ke pasaran Brunei iaitu XL, XLT dan model premium, Wildtrak.

    Kesemuanya dilengkapi dengan enjin 2.0L terkini, dengan XLT dan Wildtrak dikuasakan enjin 2.0L Bi Turbo yang mengagumkan, manakala XL dipasang dengan enjin pengecas turbo tunggal 2.0L. Enjin 2.0L Bi-Turbo Ford terbukti menghasilkan 155kW pada 3,750 rpm dan tork 500 Nm dari 1,750 – 2,000 rpm.

    Enjinnya mempunyai sistem pintasan pintar yang menentukan mod operasi optimum, bermakna pengecas turbo boleh beroperasi secara bersiri (pada kelajuan enjin yang lebih rendah untuk tork dan tindak balas yang dipertingkatkan) atau turbo yang lebih kecil boleh dipintas membolehkan pengecas turbo yang lebih besar memberikan kuasa tinggi.

    Ford Ranger generasi terkini itu boleh disaksikan di bilik pameran PASB, Beribi.

    Ford Ranger terkini mempunyai rekaan luaran yang hebat dengan penampilan yang lasak.
    Bahagian dalam Ford Ranger yang canggih.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...