Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Forum Town Hall diadakan pada 22 September ini

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Asia Inc Forum akan mengadakan Forum Town Hall pada 22 September ini di Hotel Radisson, ibu negara dengan tumpuan kepada peluang perniagaan ekonomi Brunei yang berkembang setelah pandemik.

    Forum itu merupakan sebahagian daripada program Asia Inc Forum, TRANSFORM 2022, dengan kerjasama Bank Baiduri.

    TRANSFORM 2022 direka untuk menyokong pemilik perniagaan, usahawan dan pengurus di Brunei dengan menyediakan platform untuk rangkaian dan perkongsian idea.

    Program tahunan itu merangkumi siri kelas induk dalam talian yang menampilkan usahawan dan pakar dari Brunei dan luar negara.

    Penyertaan dalam Forum Town Hall adalah melalui jemputan sahaja dan terhad kepada 100 peserta dengan format yang bertenaga dan interaktif di samping banyak peluang untuk menyumbang kepada perbincangan.

    “Forum Town Hall ini dihadiri oleh pemilik perniagaan, pengurus dan usahawan di Brunei yang bersedia untuk masa depan yang berubah dengan pantas” kata GM Regional Programs of Asia Inc Forum, Andrew Dy.

    Program TRANSFORM 2022 disokong oleh Bank Baiduri sebagai presenting sponsor, Archipelago Group sebagai rakan logistik, Borneo Bulletin dan Media Permata sebagai rakan media digital dan cetak serta Progresif sebagai SME delegate sponsor.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...