Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Fury anggap Dillian Whyte pengecut

    LONDON, 2 MAC – Juara heavyweight dunia, Tyson Fury mendakwa Dillian Whyte sudah ‘menunjukkan bendera putih’ selepas pencabarnya itu gagal menghadiri sidang media hari ini menjelang perebutan kejuaraan Majlis Tinju Dunia (WBC) antara mereka pada 23 April ini di Stadium Wembley.

    Penganjur bersama Fury, Frank Warren, yang memenangi hak untuk mengadakan pertarungan itu juga mengecam ketiadaan Whyte yang dianggap ‘memalukan’.

    Whyte, pencabar utama gelaran WBC berdepan Fury yang tidak pernah tewas, sedang melakukan persiapan di Portugal dan menurut Warren, petinju itu menolak tawaran jet peribadi untuknya terbang ke London bagi menghadiri sidang media berkenaan.

    Fury, 33, berkata, “Ia sukar dipercayai. Ia memberikan saya lebih keyakinan. Pendapat saya dia sudah menunjukkan bendera putih.

    “Dia tidak mahu berdepan dengan saya kerana dia dapat melihat api di mata saya dan dia berasakan akan tewas dalam perlawanan itu.”

    Whyte berhak mendapat hanya 20 peratus daripada ganjaran pertarungan itu dan terdapat laporan menyatakan petinju berusia 33 tahun itu memohon untuk rundingan semula perjanjian perlawanan itu sebelum menandatangani kontraknya.

    Warren berkata Whyte memperoleh habuan lebih banyak berbanding lawan yang kali pertama bertemu Fury.

    “Saya tidak pernah mendengar seorang petinju yang tidak hadir pada sidang media,” katanya. – AFP

    Tyson Fury dijangka bertarung di gelanggang sendiri dalam hampir empat tahun apabila dia mempertahankan gelaran heavyweight Majlis Tinju Dunia (WBC) dalam pertarungan menentang Dillian Whyte di Stadium Wembley pada 23 April ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...