Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    SPM 2021 dalam norma baharu berjalan lancar

    KUALA LUMPUR, 2 MAC – Tahun 2022 menjadi tahun bersejarah buat 407,097 calon ujian bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 apabila menduduki peperiksaan itu hari ini, berbanding kebiasaan yang diadakan pada akhir tahun persekolahan, ekoran negara dilanda pandemik COVID-19.

    Biarpun di tengah-tengah peningkatan jumlah kes COVID-19, serta bencana banjir di negeri-negeri pantai timur, pelaksanaan peperiksaan SPM dalam norma baharu dilihat teratur dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat dengan seramai 50,514 petugas peperiksaan ditugaskan di 3,382 pusat peperiksaan di seluruh negara.

    Namun bagi 708 calon di tujuh sekolah di Jajahan Pasir Mas yang terjejas akibat banjir di Kelantan, mereka terpaksa bersabar, kerana mereka hanya akan mengambil peperiksaan itu pada sidang kedua April depan, susulan banjir di pusat peperiksaan berkenaan.

    Turut dibenarkan menduduki SPM 2021 pada sidang kedua nanti adalah calon-calon yang disahkan positif COVID-19.

    Calon SPM hari ini merupakan kumpulan pelajar yang paling terkesan sejak pandemik melanda dan lebih banyak mengikuti sesi pembelajaran melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berbanding secara fizikal di sekolah akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Tinjauan Bernama di sekolah-sekolah di seluruh negara mendapati seawal 6:30 pagi, kumpulan pertama pelajar yang menduduki subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dijadual bermula 8 pagi ini mulai tiba di perkarangan sekolah dengan menjalani pemeriksaan suhu badan dan memakai pelitup muka. – Bernama

    Tinjauan pada hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...