Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Galtier pengendali baharu PSG

    PARIS, 5 JULAI – Christophe Galtier telah dilantik sebagai jurulatih baharu juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dengan perjanjian selama dua tahun menurut pengesahan daripada sumber kelab itu kelmarin.

    Galtier, yang menghabiskan musim lalu mengendalikan pasukan pencabar Ligue 1, Nice, telah menggantikan pengurus PSG sebelum ini iaitu Mauricio Pochettino.

    Galtier yang kini berusia 55 tahun tiba di pejabat Paris di luar ibu negara Perancis kelmarin dengan sidang media yang akan dijadualkan di Parc des Princes hari ini.

    PSG sebelum ini telah berusaha untuk mendapatkan jurulatih baharu selama beberapa minggu, tetapi tiada perpindahan dapat dimuktamadkan. Sepanjang tempoh pencarian tersebut, Pochettino dan kakitangannya masih di bawah kontrak kelab PSG.

    Skuad PSG telah mula melaporkan diri untuk latihan pramusim kelmarin tanpa kehadiran pemain yang bertugas dalam perlawanan kebangsaan.

    Galtier, yang meninggalkan Nice pada bulan Jun, telah membina reputasi sebagai jurulatih terkemuka dalam perlawanan kelab Perancis sejak sedekad lalu.

    Dia menikmati lapan tahun kejayaan di Saint-Etienne, di mana dia memenangi Piala Liga pada 2013, sebelum berkhidmat selama empat tahun di Lille dan dinobatkan dengan gelaran Ligue 1 pada 2021, apabila mereka mengalahkan PSG.

    Pochettino bersedia meninggalkan Paris selepas 18 bulan mengendalikan kelab di mana dia memenangi Ligue 1 pada musim lalu tetapi kekecewaan tersingkir di peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara di tangan Real Madrid membayangi kejayaan berkenaan. – AFP

    Christophe Galtier dilantik menjadi jurulatih baharu PSG dengan perjanjian selama dua tahun bermula musim hadapan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...