Sunday, April 2, 2023
30.2 C
Brunei

-

Geopark Kinabalu: Penerimaan komuniti kriteria utama

KOTA BELUD, 20 JULAI – Penerimaan serta kerjasama komuniti terhadap inisiatif Geopark Kinabalu di tiga daerah meliputi Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu adalah kriteria penting yang akan dinilai sebelum menerima status sebagai Geopark Global Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ahli Majlis Kebudayaan Negara Dr Paul Porodong berkata ia antara aspek yang dilihat dalam kawasan geopark iaitu bagaimana sesebuah komuniti mengetengahkan budaya mereka yang akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Beliau yang juga Penasihat Budaya Geopark Kinabalu berkata dalam geopark, selain penilaian terhadap fizikal iaitu batuan, flora dan fauna, aspek budaya juga diambil kira.

“Biobudaya itu perlu dilihat hidup dan aktif serta ada bukti yang menunjukkan komponen budaya itu berhubung dengan biofizikal dan biodiversiti.

“Di sini (Kota Belud) kita dapat lihat masyarakat Bajau dengan kedudukan biofizikal iaitu sawah padi dan pemandangan Gunung Kinabalu dijadikan sebagai produk pelancongan,” katanya kepada Bernama pada jelajah penilaian akhir Geopark Kinabalu sebagai tapak Geopark Global UNESCO di sini hari ini.

Paul berkata gabungan ketiga-tiga elemen yang saling berhubung kait itu, akan dilihat oleh para penilai secara dekat selain sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -