Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    GFP-SPO dijadikan rujukan skim pensijilan minyak sawit

    KUALA LUMPUR, 15 FEB – Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) telah membangunkan Prinsip Rangka Kerja Global Minyak Sawit Mampan (GFP-SPO) yang disasarkan menjadi rujukan yang sama dalam pelbagai skim pensijilan yang digunakan bagi pengeluaran minyak sawit yang berdasarkan kepada Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDG) sebagai asasnya.

    Majlis itu berkata rangka kerja tersebut juga boleh digunakan untuk menilai sumbangan minyak sawit ke arah mencapai pembangunan lestari di semua negara pengeluar dan meletakkan asas bagi penubuhan platform minyak sayuran yang mampan.

    “GFP-SPO dilancarkan secara rasmi hari ini di webinar bertajuk ‘Global Framework for Sustainable Palm Oil’ yang dihadiri oleh wakil daripada anggota CPOPC dan negara pemerhati serta pihak berkepentingan berkaitan dalam skim kemampanan minyak sawit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    CPOPC berkata dokumen penting telah diterima pakai dan diluluskan oleh menteri-menteri negara anggota semasa Mesyuarat Menteri-menteri Kesembilan yang diadakan pada 4 Dis, 2021.

    Pengarah Eksekutifnya Tan Sri Dr Yusof Basiron berkata GFP akan digunakan sebagai rujukan kerana prinsipnya akan menarik dan mengembangkan skim pensijilan minyak sawit mampan sedia ada seperti Minyak Sawit Mampan Indonesia dan Minyak Sawit Mampan Malaysia, serta menyediakan panduan kepada pensijilan pada masa depan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...