Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Gol menarik Sarr gagal berikan mata penuh

    LONDON, 9 OGOS – Pemain Watford, Ismaila Sarr (gambar bawah) menjaringkan gol dari jarak 60 ela yang mungkin dicalonkan bagi gol tercantik musim ini sebelum sepakan penaltinya berjaya diselamatkan dalam perlawanan seri 1-1 menentang West Bromwich Albion, kelmarin.

    Sarr membuka jaringan untuk pasukan pelawat pada minit ke-12 yang sama seperti gol dijaringkan David Beckham untuk Manchester United sewaktu menentang Wimbledon pada 1996, apabila dia menghasilkan satu percubaan yang menarik.

    Walau bagaimanapun, Karlan Grant berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama di The Hawthorns.

    Tetapi dalam perlawanan di mana Albion banyak mensia-siakan peluang, Sarr terlepas peluang untuk memenangi perlawanan untuk Watford 17 minit sebelum tamat perlawanan apabila pemain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti.

    Penjaga gol Watford, Daniel Bachmann terpaksa membuat aksi menyelamat pada awal permainan, menepis percubaan voli dari Darnell Furlong melepasi palang gol sebelum menghalang rembatan Grant dengan kakinya.

    Tetapi aksi penyelamat itu dilupakan apabila Sarr membuat jaringan luar biasa.

    Sarr menerima bola dari kawasan sendiri hasil tandukan Craig Cathcart, dia kemudian melihat penjaga gol Baggies, David Button berada di pinggir luar kotak penalti dan membuat percubaan dari jarak jauh untuk menjaringkan gol. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...