Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Hab kereta api terbesar Asia mula beroperasi

    BEIJING, 20 JUN – Hab kereta api penumpang terbesar di Asia kembali beroperasi di Beijing kelmarin selepas empat tahun melalui kerja-kerja pembinaan semula.

    Dengan keluasan hampir 400,000 meter persegi, atau seluas 56 buah padang bola sepak, Stesen Kereta Api Beijing Fengtai kini mempunyai sebanyak 32 buah landasan kereta api dan 32 platform serta mampu menampung sehingga 14,000 penumpang dalam masa sejam, lapor Xinhua.

    Ia juga merupakan stesen kereta api pertama di Beijing yang mempunyai struktur dua buah dek, dengan menyediakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi serta biasa.

    Sememtara itu, pengendali stesen telah memaklumkan bahawa sebanyak 120 kereta api akan beroperasi di peringkat awal perkhidmatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...