Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Hael tetap curi waktu hasil lagu

    Dalam kesibukan memenuhi tuntutan kerjaya seni, penyanyi, Hael Husaini, 34, tetap mencuri waktu memerah idea untuk menghasilkan lagu baharu demi kepuasan peminat.

    Menurut Hael, hasrat untuk terus berkarya tidak pernah padam, meskipun pada masa sama perlu menguruskan pelbagai perkara lain, termasuk berulang-alik ke luar negara memenuhi jemputan.

    “Sukar untuk saya jelaskan, namun jadual kerja saya kebelakangan ini sangat padat.

    “Kesibukan itu juga membuatkan konsert solo saya, Hael Husaini Live In KL terpaksa ditangguhkan.

    “Saya berterima kasih kepada semua pihak, terutama peminat kerana memahami keputusan yang dibuat ini. Alhamdulillah, sokongan mereka tidak pernah putus.

    Hael berkata Sayang Do You Love Me? menyaksikan dia kembali bekerjasama dengan rakan seperjuangannya, Ezra Kong. – Agensi

    “Sebagai tanda penghargaan, saya tampilkan juga karya baharu walaupun jadual saya padat,” katanya kepada media ketika dihubungi.

    Berkongsi mengenai penghasilan single baharu, Hael berkata, Sayang Do You Love Me? menyaksikan dia kembali bekerjasama dengan rakan seperjuangannya, Ezra Kong.

    “Saya dan Ezra inginkan karya yang ringan dan santai untuk pendengar, sama seperti single Kelentang Kelentong yang mendapat sambutan, sebelum ini.

    “Formula yang digunakan tidak banyak beza iaitu mesra media sosial. Kami bayangkan lagu ini akan digunakan sebagai latar untuk video yang dimuat naik di media sosial,” katanya.

    Tambah Hael, rakaman lagu ini dibuat sejurus selepas single, Sama Seperti Dulu dilancarkan.

    “Proses susunan muzik dan rakaman dilakukan sepenuhnya di studio Ezra. Cuma, untuk pembikinan video muzik, kami belum punya perancangan.

    “Namun, Rocketfuel Entertainment terlebih dahulu melancarkan video lirik rasmi. Jika mendapat sambutan, baru kami akan memikirkan tentang penghasilan video muzik,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...