Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Hakim tolak rayuan lebih masa lunaskan denda

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini menolak untuk memberi lebih masa kepada seorang penyeludup rokok menyelesaikan dendanya yang diperintahkan ke atasnya.

    Pengiran Mohd Aabid Safwan bin Pengiran Wasli mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada 24 Januari lalu atas pertuduhan memiliki 10 karton dan satu peket rokok seludup secara haram.

    Pegawai kastam menahan defendan di Jalan Pasir Berakas dan menemui barangan seludup itu semasa pemeriksaan yang dijalankan pada pukul 4:35 petang 27 Oktober 2021.

    Majistret memerintahkan Pengiran Mohd Aabid Safwan menyelesaikan denda berjumlah $8,008, atau terpaksa menjalani hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar.

    Dia juga diberi masa untuk menjelaskan sepenuhnya denda itu menjelang 25 Julai. Pada rayuan hari ini, Ketua Hakim Negara Dato Seri Paduka Steven Chong berkata, denda yang dikenakan adalah hampir kepada jumlah minimum dan enam bulan adalah masa yang mencukupi untuk membayar denda.

    Ketua Hakim Negara bersetuju dengan responden Timbalan Pendakwa Raya Nor Hafizah Ahmad bahawa memberi masa akan mengurangkan unsur penghalang dalam hukuman.

    “Penyeludupan barangan seludup adalah satu kesalahan yang serius,” jelas Ketua Hakim Negara selepas menolak rayuan, dan seterusnya mengekalkan perintah asal.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...