Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Hampir 13.2 juta kanak-kanak AS dijangkiti COVID

    LOS ANGELES, 18 MEI – Hampir 13.2 juta kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) diuji positif COVID sejak wabak itu melanda, menurut laporan terbaharu dikeluarkan Akademi Pediatrik Amerika (AAP) dan Persatuan Hospital Kanak-kanak Isnin lalu.

    Setakat 12 Mei lalu, lebih 93,000 kes jangkitan COVID membabitkan kanak-kanak dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 76 peratus berbanding dua minggu lalu, menurut laporan itu.

    Hampir 5.3 juta kes kanak-kanak telah direkodkan pada 2022, lapor Xinhua. Ia menyaksikan peningkatan kes untuk lima minggu berturut-turut di AS.

    Terdapat keperluan mendesak mengumpul lebih banyak data terutama melibatkan umur bagi menilai tahap penyakit yang berkaitan dengan varian baharu serta potensi kesan jangka masa panjang, menurut AAP.

    “Adalah penting untuk kita sedar, pandemik memberi kesan segera terhadap kesihatan kanak-kanak, tetapi juga kita perlu mengenal pasti dan menangani kesan jangka masa panjang terhadap kesejahteraan fizikal, mental dan sosial bagi generasi muda dan belia ini,” tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...