Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Hatrik Amri Yahyah bantu kemenangan Sabah FC

    KUALA LUMPUR, 25 APRIL – Jaringan hatrik Amri Yahyah menyumbang kepada kemenangan pasukan Sabah FC ke atas Kedah Darul Aman FC, 4-0, dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin.

    Turun beraksi di halaman sendiri, anak buah Datuk Ong Kim Swee berhasil meletakkan Sabah di depan menerusi jaringan pembukaan oleh Amri pada minit ke-51 perlawanan.

    Kedah terus dirundung malang apabila percubaan menjaringkan gol menemui jalan buntu, sekali gus memberikan kelebihan kepada pasukan Rhinos apabila satu lagi jaringan terhasil menerusi sepakan percuma Park Tae Su selang lima minit kemudian. Gol ketiga dan keempat daripada Amri, masing-masing pada minit ke-61 dan ke-72, memastikan Sabah dalam kedudukan selesa bagi memenangi perlawanan.

    Sementara itu, di Negeri Sembilan pula, Negeri Sembilan FC turut melakar kemenangan di halaman sendiri apabila menewaskan Kuala Lumpur City FC 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. 

    Negeri Sembilan membuka jaringan menerusi Herold Goulon pada minit ke-47 sebelum pihak lawan menyamakan kedudukan hasil jaringan sendiri Herold pada minit ke-74. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...