Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ibadah solat bina keluarga bahagia

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Kekuatan dan peranan ibadah solat dalam mengukuhkan dan membina sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah adalah antara yang diketengahkan dalam forum sempena sambutan Hari Keluarga yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, hari ini.

    Forum anjuran Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama bersama Jawatankuasa Takmir Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah itu diadakan secara penstriman langsung untuk diikuti oleh ahli-ahli kelas bimbingan Muslimah seluruh negara khasnya dan orang ramai secara amnya.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah isteri Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi.

    Forum bertajuk ‘Solat Dipelihara Keluarga Bahagia’ itu dipengerusikan oleh Tenaga Pembimbing Kelas Bimbingan Muslimah, Hajah Sinega binti Haji Swadi.

    Sementara itu, ahli-ahli panel terdiri daripada Pegawai Kanan Khidmat Nasihat Rumah Tangga, Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Haji Abdullah Amer bin Haji Abdul Hamid dan Penolong Pensyarah Pusat Kajian Fiqh Usrah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dayangku Izzati binti Pengiran Haji Kasran.

    Program tersebut dihasratkan dapat memberi kesedaran kepada para Muslimah untuk membimbing keluarga ke jalan yang diredai Allah SWT dengan meningkatkan ketaatan dan ibadah kepada Allah, khususnya ibadah solat.

    Datin Hajah Nahriah hadir bersama tetamu lain pada forum yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...