Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    IHP April menurun 0.3%

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi April 2022 menurun sebanyak 0.3 peratus bulan-kebulan berbanding Mac 2022 disebabkan oleh penurunan indeks bukan makanan sebanyak 0.5 peratus.

    Walau bagaimanapun, penurunan indeks tersebut diimbangi oleh peningkatan indeks makanan dan minuman ringan sebanyak 0.4 peratus.

    Bagi perubahan tahun-ketahun, IHP meningkat 3.9 peratus berbanding April 2021 dengan peningkatan IHP adalah selaras dengan peningkatan harga makanan dan minuman ringan dan bukan makanan masing-masing sebanyak 4.7 peratus dan 3.8 peratus.

    Peningkatan harga makanan dan minuman ringan adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak dan lemak sebanyak 21 peratus, daging 9.2 peratus serta ikan dan makanan laut 5.4 peratus.

    Kenaikan harga minyak masak adalah terutamanya disebabkan oleh peningkatan harga bahan input minyak sayuran dan minyak sawit.

    Peningkatan harga makanan dan minuman adalah sebahagiannya disebabkan oleh harga minyak. – Gambar fail

    Manakala bagi daging ayam, kenaikan harga adalah antara lain disebabkan oleh peningkatan kos makanan ternakan ayam.

    Perangkaan bagi IHP berkenaan dikongsi oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam siaran media yang dikeluarkan di sini, hari ini.

    Siaran media itu menyatakan peningkatan dalam komponen bukan makanan adalah didorong oleh pelbagai barangan dan perkhidmatan sebanyak 16.1 peratus, pengangkutan 5 peratus serta perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain 2.2 peratus.

    Kenaikan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan adalah terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga insurans kenderaan.

    Manakala, peningkatan dalam pengangkutan adalah terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga kenderaan bermotor dan tiket penerbangan.

    Kenaikan harga sewa kediaman dan penyelenggaraan dan pembaikan tempat kediaman mendorong kepada peningkatan harga perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain.

    IHP mengukur perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna dalam satu tempoh masa yang ditetapkan dan dikumpulkan setiap bulan.

    Senarai barangan dan perkhidmatan dalam IHP adalah berdasarkan maklumat perbelanjaan purata sebuah keluarga yang diperoleh melalui Kajian Perbelanjaan Keluarga. Laporan penuh IHP bagi April 2022 boleh didapati melalui laman sesawang JPES, www.deps.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...