Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    imagine tawar pelbagai pakej lumayan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Sempena Pesta Pengguna ke-26, imagine Sdn Bhd menawarkan pelbagai pakej menarik untuk pengunjung yang hadir pada acara anjuran
    D’Sunlit Sdn Bhd di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

    Ketua Pegawai Eksekutif imagine, Dayang Suzannawati binti Haji Suharju berkata, Pesta Pengguna tahun ini akan meriah dengan tawaran imagine untuk pelanggan tetap dan baharu serta pengunjung yang datang ke petak pameran imagine.

    Pakej produk yang ditawarkan bermula hari ini hingga hujung minggu ini ialah Pakej Wish Mobile, Dream Broad-band, dan banyak lagi dengan hadiah-hadiah menarik.

    Beliau turut menyentuh mengenai tawaran pakej keluarga dengan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti televisyen atau baucar dari $200 sehingga $1,100 untuk pelanggan baharu bagi Dream Broadband mengikut terma dan syarat tertentu.

    Selain itu, pengunjung juga berpeluang mendapatkan baucar berupa diskaun di Incomm jika mendaftar atau berpindah ke Wish Mobile. Promosi tersebu telah berlangsung pada pertengahan Disember hingga akhir Januari 2023.

    Selain itu, imagine juga sedang mengadakan kempen cabutan bertuah yang menawarkan hadiah berupa sebuah kereta BMW dan tiket penerbangan ke Tokyo yang akan berjalan sehingga akhir Februari depan.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai dengan produk promosi imagine yang lain, bolehlah mengunjungi petak imagine di pesta berkenaan.

    Menyentuh mengenai pesta tahunan berkenaan, Dayang Suzannawati berkata, ia amat bagus untuk pengusaha-pengusaha mempromosikan produk mereka daripada produk keperluan rumah hingga pakaian di bawah satu bumbung.

    Dayang Suzannawati menerangkan kepada Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud beberapa produk yang ditawarkan oleh imagine. – Gambar oleh Bahiyah Bakir

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...