Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    IMF bakal kurangkan anggaran pertumbuhan global

    WASHINGTON, 10 JUN – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dijangka mengurangkan unjuran pertumbuhan dunia tahun ini di tengah-tengah kemerosotan berterusan dalam ekonomi global, kata seorang pegawai dana kelmarin.

    “Banyak yang telah berlaku dan (sedang) berlaku dengan pantas,” kata jurucakap IMF, Gerry Rice kepada pemberita, termasuk perang yang berterusan di Ukraine dan isu inflasi di China.

    Tabung kewangan itu pada April lalu dilaporkan telah mengurangkan anggaran KDNK 2022 kepada 3.6 peratus daripada 4.4 peratus, tetapi kini, “kita melihat pertembungan krisis ini… yang menyebabkan kita untuk meneliti semula secara mendalam,” katanya.

    “Kami melihat ekonomi global menuju ke arah kelembapan pertumbuhan,” kata Rice, sambil menambah bahawa “beberapa buah negara mungkin sedang melalui kemelesetan ekonomi.”

    Sementara itu, Bank Dunia pada Selasa lalu juga telah mengurangkan unjurannya lebih daripada satu mata kepada 2.9 peratus dan memberi amaran bahawa Amerika Syarikat kini menghadapi kebimbangan dengan berbalik ke stagflasi gaya 1970an apabila pertumbuhan lembap, pengangguran tinggi dan harga yang melonjak naik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...