Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Impian Azeem tambah emas tidak kesampaian

    KUALA LUMPUR, 18 Sept – Impian raja pecut Sukan Malaysia (Sukma) Muhammad Azeem Mohd Fahmi menambah koleksi pingat emasnya pada temasya itu tidak kesampaian, selepas menamatkan saingan acara 200 meter lelaki di kedudukan kedua, hari ini.

    Beliau yang masih bergelut dengan kecederaan hamstring mencatat masa 21.03 saat, melakukan pecutan awal sebelum dikejutkan dengan pecutan 10 meter terakhir
    atlet Johor Muhammad Arsyad Md Saat.

    Kejayaan Muhammad Arsyad yang dibezakan dengan 0.01 saat itu sekali gus berjaya mengubati kekecewaannya tewas kepada Muhammad Azeem bagi acara 100m tempoh hari apabila dia sekadar meraih perak.

    Tempat ketiga acara itu dimenangi atlet Negeri Sembilan Muhammad Haiqal Hanafi yang mencatatkan catatan masa 21.18s. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...