Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    India hantar 2,500 tan gandum ke Afghanistan

    WAGAH, INDIA, 23 FEB – India telah menghantar 50 trak membawa 2,500 tan gandum bagi Afghanistan yang dilanda krisis selepas Pakistan memberi kebenaran ‘pengecualian’ bagi penghantaran untuk melepasi sempadannya, kata pegawai hari ini.

    Negara-negara Barat mengurangkan bantuan selepas Taliban mengambil alih tahun lalu, mengakibatkan Afghanistan berdepan krisis kemanusiaan ‘teruk’ dengan majoriti 28 juta penduduknya memerlukan bantuan, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Dalam respons kepada rayuan dari PBB, India memutuskan untuk memberi 5,000 tan gandum dengan konvoi pertama lori dirasmikan berlepas oleh para pegawai kelmarin pada satu majlis di Amritsar dekat sempadan bersama Pakistan.

    “Pesaing ketat India telah mengatakan yang Pakistan berkata ia ‘setuju atas dasar pengecualian’ untuk membenarkan bantuan-bantuan tersebut dihantar secara transit ke wilayahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...