Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Indonesia umum kes pertama cacar monyet

    JAKARTA, INDONESIA, 21 OGOS – Seorang lelaki di Indonesia telah disahkan positif cacar monyet, menjadikannya kes pertama yang disahkan di negara itu, kata pihak berkuasa lewat kelmarin.

    Lelaki berusia 27 tahun itu yang tinggal di bandar Jakarta telah pulang dari perjalanan ke luar negara pada 8 Ogos, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Mohammad Syahril semasa sidang media.

    Lelaki itu mula mengalami gejala lima hari kemudian dan pergi berjumpa doktor. Dia disahkan positif cacar monyet pada malam Jumaat dan kini mengasingkan diri di rumah, kata Syahril.

    “Ini adalah penyakit yang akan pandai hilang selepas 20 hari jika pesakit tidak mempunyai sebarang penyakit sedia ada,” kata Syahril sambil menambah kerajaan buat masa ini tidak melihat keperluan untuk melaksanakan sebarang sekatan peringkat komuniti untuk membendung cacar monyet.

    Indonesia yang mempunyai lebih 270 juta penduduk, telah berwaspada terhadap penularan cacar monyet sejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia meminta negara meningkatkan kewaspadaan mereka selepas United Kingdom mengalami wabak itu pada Mei. Sebelum itu, virus cacar monyet hanya endemik di beberapa buah negara Afrika.

    Cacar monyet merebak apabila orang mempunyai sentuhan fizikal yang rapat dengan luka orang yang dijangkiti, pakaian atau cadar mereka. Hubungan seksual mungkin boleh memperluaskan lagi jangkitan.

    Kebanyakan orang pulih daripada cacar monyet tanpa memerlukan rawatan, tetapi luka-luka itu boleh menjadi sangat menyakitkan. Kes yang lebih teruk boleh mengakibatkan komplikasi termasuk keradangan otak dan kematian. – AP

    Vaksin cacar monyet dilihat di sebuah klinik vaksinasi di New York pada 19 Ogos. Seorang lelaki Indonesia disahkan positif cacar monyet menjadikannya kes pertama di negara itu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...