Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Inflasi zon Eropah dijangka kekal tinggi

    MOSCOW, 22 JULAI – Bank Pusat Eropah (ECB) percaya bahawa inflasi di zon Eropah dijangka kekal lebih tinggi untuk beberapa waktu berikutan peningkatan harga makanan dan tenaga terus melambung, kata Presiden ECB, Christine Lagarde kelmarin.

    “Kami menjangkakan inflasi kekal lebih tinggi untuk beberapa waktu berikutan tekanan berterusan ekoran tekanan daripada harga tenaga dan makanan serta masalah saluran paip dalam rantaian harga,” kata Lagarde pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tadbir Urus ECB di Frankfurt.

    Sejak beberapa bulan lalu, Kesatuan Eropah menghadapi kepantasan inflasi akibat sekatan yang dikenakan Barat ke atas Rusia berhubung operasi ketenteraan khasnya di Ukraine. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...