Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Intan Ladyana jaga batasan

    Aktres terkenal, Intan Ladyana, 40, mempelajari banyak perkara baharu selepas bergelar ibu kepada seorang cahaya mata.

    Intan yang juga isteri kepada pelakon Harris Alif itu turut memberitahu segalanya dalam keadaan baik setelah mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

    “Alhamdulillah, baik-baik sahaja, selama tahun 2022, banyak benda baharu untuk saya dari awal tahun sejak ada anak damit dan saya memilih untuk berhijab.

    “Banyak benda yang saya belajar walaupun selama ini saya ingat saya dah tahu, setiap hari pasti ada benda baharu yang saya belajar,” katanya menerusi temu bual program Melodi TV3.

    Disoal mengenai penghijrahannya untuk tampil berhijab, pelakon drama Puteri Reunion itu berkata, dia kini perlu menjadi seorang yang memilih dalam mengambil apa-apa tawaran lakonan.

    “Untuk tawaran berlakon tiada masalah sebab kebanyakkan sekarang ramai artis wanita yang sudah berhijab. Memang banyak juga watak yang ditawarkan kepada artis yang berhijab.

    “Sudah tentu saya bersifat selektif, sebab dengan penampilan dan status saya sebagai seorang ibu dan isteri mesti ada batasannya,” jelas Intan.

    Sekitar Oktober lalu, nama Intan menjadi bualan ramai apabila tampil mengenakan hijab namun tidak berkongsi tentang penghijrahannya itu kepada umum.

    Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Evie Khadeeja. – Agensi

    Status ibu dan isteri buat intan lebih selektif. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...