Monday, May 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Iran runding perjanjian nuklear di Moscow

    TEHRAN, 14 MAC – Menteri luar Tehran Hossein Amir-Abdollahian akan berkunjung ke Moscow esok, menurut kementeriannya, beberapa hari selepas rundingan mengenai perjanjian nuklear menemui kebuntuan di tengah permintaan baharu Rusia.

    Amir Abdollahian ‘akan mengunjungi Moscow esok’ untuk meneruskan perbincangan mengenai perjanjian nuklear, beritahu jurucakap kementerian Saeed Khatibzadeh kepada wartawan hari ini.

    Rundingan selama 10 bulan di Vienna telah mendorong kuasa besar hampir-hampir memperbaharui perjanjian 2015 mengenai penyeliaan program nuklear Iran. Namun rundingan menemui kegagalan sekali lagi selepas Rusia pada 5 Mac menuntut jaminan bahawa sekatan Barat yang dikenakan selepas serangannya ke atas Ukraine tidak akan menjejas perniagaannya dengan Iran.

    Setiausaha Negara AS Antony Blinken telah mengetepikan sebagai ‘tidak relevan’ tuntutan jaminan oleh Rusia, berkata ‘is tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.’ Rundingan terkini bermula pada akhir November di ibu negara Austria di antara Iran dan Britain, China, Perancis, Jerman dan Rusia, dengan AS mengambil bahagian secara tidak langsung.

    Perjanjian 2015 membenarkan pembatalan sekatan ke atas Iran sebagai tukaran kepada kawalan program nuklearnya. Namun AS menarik diri dari pada perjanjian pada 2018 di bawah presiden Donald Trump dan mengenakan sekatan ekonomi yang ketat ke atas pelbagai sektor, termasuk eksport minyak. – AFP

    Gambar bertarikh 5 Mac 2022 menunjukkan Hossein Amir-Abdoillahian mengadakan pertemuan dengan Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi di Tehran. Beliau akan mengadakan kunjungan ke Moscow untuk rundingan perjanjian nuklear yang terbantut.– AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...