Wednesday, June 7, 2023
27.9 C
Brunei

    -

    LV tampil kasual namun elegan

    Gambar AP

    SEOUL, KOREA SELATAN – Louis Vuitton (LV) mengubah jambatan yang merentangi Sungai Han menjadi pentas peragaan besar-besaran untuk koleksi terbaharunya pada Sabtu.

    Model-model berjalan di atas Jambatan Jamsugyo diiringi muzik untuk mempersembahkan koleksi pramusim rumah fesyen mewah tersebut yang termasuk kaca mata hitam, kasut loafer hitam-putih yang besar serta sandal dan pelbagai beg besar berwarna-warni dan beg kecil yang dihiasi dengan logo label itu.

    Penonton pertunjukan pertama Louis Vuitton di Korea Selatan itu termasuk bintang K-pop Taeyeon dari Girls’ Generation, ahli-ahli Le Sserafim dan Yeji dari ITZY selain selebriti seperti Chloe Grace Moretz, Jaden Smith dan pengarah ‘Squid Game’ Hwang Dong-hyuk.

    Pertunjukan itu dibuka dengan muzik tradisional Korea sebelum cahaya berubah dan menerangi jambatan itu dalam warna biru yang menyeramkan.

    Baru-baru ini, jenama mewah global itu berminat untuk mengembangkan kehadirannya di Korea Selatan dengan kebangkitan muzik K-pop serta minat global dalam projek filem dan televisyen negara tersebut. – AP

    Model-model memperagakan koleksi Musim Luruh 2023 Louis Vuitton di Seoul, Korea Selatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -