Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jaguar liar pertama lahir sejak 70 tahun

    BUENOS AIRES, 22 JULAI – Seekor jaguar dilahirkan dalam kurungan dilepaskan ke Taman Negara Ibera di Argentina tahun lalu telah melahirkan dua ekor anak – yang pertama dilahirkan dalam persekitaran liar di tanah lembap yang dilindungi dalam tempoh 70 tahun, kata badan pemuliharaan Rewilding Argentina kelmarin.

    Sebuah kamera tersembunyi mengesahkan syak wasangka penjaga haiwan terhadap peristiwa gembira itu, menunjukkan induk jaguar menjaga anaknya, kata penyelaras yayasan Jaguar Reintroduction Center (CRY).

    “Pengawanan jaguar secara bebas dan kelahiran generasi baharu dalam kehidupan liar adalah berita baik untuk projek yang bertujuan untuk menghentikan kepupusan spesies ini,” kata Rewilding Argentina dalam satu kenyataan.

    Ia juga meningkatkan harapan untuk menjana semula populasi jaguar yang sihat di wilayah yang pernah menjadi habitat semula jadi spesies tersebut.

    Anak-anak Arami (jaguar itu), dilahirkan di CRY pada 2018 dan dilepaskan ke taman perlindungan September lalu, dan Jatobazinho, jaguar jantan yang diselamatkan di Brazil, diserahkan kepada projek Argentina pada 2019 dan dilepaskan ke taman tersebut pada Disember lalu.

    Jaguar-jaguar itu adalah antara lapan jaguar yang dilepaskan ke taman Ibera pada tahun lalu, di mana ia tinggal seperti di tempat semula jadinya sendiri: memburu capybara, babi hutan dan rusa.

    “Jika kedua-dua anak itu dapat bertahan – sesuatu yang kita sepatutnya tahu dalam beberapa minggu akan datang – populasi jaguar di Ibera akan meningkat kepada 10 ekor,” kata pengarah yayasan pemuliharaan tersebut, Sebastian Di Martino. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...