Saturday, May 18, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Jambatan AS-Kanada dibuka semula

    WINDSOR, KANADA, 14 FEB – Satu lintasan sempadan Amerika Syarikat (AS)-Kanada dibuka semula semalam hampir seminggu selepas ia dipaksa ditutup disebabkan bantahan pimpinan pemandu trak yang menentang sekatan koronavirus, mendorong polis menumpaskan demonstrasi dengan beberapa siri penangkapan.

    Sekatan Jambatan Ambassador, yang mengendalikan kira-kira 25 peratus daripada perniagaan di antara kedua-dua negara, telah menjejaskan perniagaan dalam ekonomi terbesar dunia dan memaksa pengeluar kereta di AS dan Kanada menghentikan pengeluaran.

    Tunjuk perasaan, yang juga melumpuhkan ibu negara Kanada, Ottawa, telah mencetuskan gerakan yang sama di Perancis,

    Belanda, Switzerland, Australia dan New Zealand. Beberapa pemandu trak AS menimbang mengadakan satu bantahan pada Mac.

    “Jambatan Ambassador kini sudah dibuka sepenuhnya, sekali lagi membenarkan aliran dagangan bebas di antara ekonomi Kanada dan AS,” kata Syarikat Jambatan Antarabangsa Detroit dalam satu kenyataan.

    Di Twiter, Perkhidmatan Sempadan Kanada mengesahkan pembukaan semula tetapi berkata ‘perjalanan tidak penting tidak digalakkan.’ – AFP

    Pegawai polis mengawal pembantah di Windsor, Ontario pada 12 Februari 2022. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...