Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jerman mungkin alami kemelesetan andai krisis tenaga meningkat

    ANKARA, 22 OGOS – Ketua Bundes-bank memberi amaran kemungkinan Jerman bakal mengalami kemelesetan andai krisis tenaga meningkat dan menggesa Bank Pusat Eropah (ECB) meneruskan kenaikan kadar faedah, lapor agensi Anadolu.

    “Jika krisis tenaga bertambah buruk, kemelesetan mungkin berlaku pada musim sejuk akan datang.

    “Ekonomi Jerman masih menunjukkan prestasi agak baik dalam keadaan sukar pada separuh pertama tahun ini. Bagaimanapun, jika masalah penghantaran berterusan contohnya, disebabkan paras air rendah yang berpanjangan, prospek ekonomi untuk separuh kedua akan semakin merosot,” kata Joachim Nagel dalam satu temu bual dengan akhbar harian Jerman Rheinische Post.

    Beliau berkata kadar inflasi Jerman ‘mungkin’ mencecah 10 peratus pada musim luruh dan kali terakhir kadar inflasi dua angka diukur di negara itu lebih 70 tahun lalu.

    Mengenai jangkaan terhadap keputusan kadar faedah ECB seterusnya pada 8 September, beliau berkata memandangkan inflasi yang tinggi maka perlu diikuti dengan kenaikan kadar faedah. – Bernama

    Kapal kargo melintas boya yang terdampar pada tanah kering di Dusseldorf, North Rhine-Westphalia, Jerman. Jika paras air rendah berpanjangan, prospek ekonomi untuk separuh kedua akan semakin merosot. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...