Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jokowi kesal insiden lampau

    JAKARTA, 11 JAN – Presiden Indonesia, Joko Widodo kelmarin melahirkan rasa kesal ke atas pelanggaran hak asasi manusia secara besar-besaran yang dilakukan oleh negara pada masa lalu, termasuk penyingkiran anti-komunis yang ganas pada tahun 1960an dan kehilangan penunjuk perasaan pelajar pada penghujung tahun 1990an.

    Lebih setengah juta golongan kiri telah dibunuh di seluruh negara Asia Tenggara pada pertengahan tahun 1960an, pemandangan berdarah yang membawa kepada pemerintahan panjang diktator Suharto, dengan pendirian kuat terhadap anti-komunis yang berkekalan selama berpuluh-puluh tahun.

    Pembunuhan-pembunuhan tersebut mendorong kepada kejatuhan Parti Komunis Indonesia (PKI), yang kini telah diharamkan, yang merupakan antara parti terbesar di dunia di belakang China dan Kesatuan Soviet.

    “Dengan minda yang jelas dan hati yang ikhlas, saya sebagai ketua negara ini, mengaku bahawa pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku dalam beberapa insiden dan saya sangat menyesal ia terjadi,” kata Widodo dalam ucapan di istana negara di ibu kota, Jakarta.

    “Saya bersimpati ke atas mangsa-mangsa dan keluarga mereka.”

    Beliau berkata pihak kerajaan sedang mencuba untuk membantu menegakkan hak mangsa-mangsa tanpa menafikan resolusi kehakiman, tanpa menyebut dengan terperinci bagaimana beliau akan melakukannya.

    Presiden itu juga menyebut tentang pembunuhan dan penculikan puluhan penunjuk perasaan pelajar dan aktivis semasa perhimpunan jalanan besar-besaran pada tahun 1998 yang menamatkan pemerintahan 30 tahun diktator Suharto. – AFP

    Gambar yang dikeluarkan kelmarin oleh Biro Akhbar dan Media, Istana Presiden Indonesia, menunjukkan Widodo (tengah), sedang menyampaikan ucapan di Istana Merdeka, Jakarta. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...