Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jota mahu perkukuh jentera serangan Liverpool

    BANGKOK, 12 JULAI – Diogo Jota kelmarin menyatakan bahawa dia bersedia mengukuhkan tempat dalam jentera serangan Liverpool untuk musim baharu berikutan pemergian Sadio Mane, Divock Origi dan Takumi Minamino.

    Penyerang Portugal berusia 25 tahun itu ditemui di Thailand menjelang pertembungan di Bangkok menentang Manchester United pada malam Selasa. Jota juga mengakui dia kadang-kadang merasa tercabar dengan kehadiran pemain bintang, Mane pada musim lalu.

    Dengan pemergian pemain Senegal itu ke Bayern Munich dengan perjanjian tiga tahun, terdapat spekulasi tentang bagaimana pengurus Jurgen Klopp akan menyusun semula kedudukan pemain tengahnya.

    “Jelas sekali tiga orang pemain kami telah berpindah dan hanya seorang pemain baharu yang tiba iaitu Fabio (Carvalho). Tetapi saya tidak pasti di posisi mana dia akan bermain,” kata Jota dalam laman sesawang LiverpoolFC.com.

    “Sudah tentu dengan pengalaman yang sedia ada membolehkan saya menjadi salah seorang pemain senior dan saya bersedia untuk menggalas tanggungjawab tambahan,” katanya.

    Bercakap mengenai musim akan datang, Jota berkata, “Saya harap boleh mengekalkan untuk mencipta nama dalam senarai penjaring dan itulah yang saya mahu. Saya juga ingin membantu pasukan dan menjaringkan sebanyak gol mungkin supaya kami boleh mencipta banyak kemenangan.”

    Pemain itu sebelum ini telah mengalami kecederaan hamstring semasa beraksi di peringkat antarabangsa pada musim panas, tetapi Jota tetap optimis dengan prestasinya.

    “Saya baru sahaja selesai berehat dari musim panas untuk pulih daripada kecederaan dan saya tidak sabar memulakan pramusim dengan prestasi lebih baik,” katanya. – AFP

    Diogo Jota ingin mengukuhkan kedudukan dalam skuad Liverpool untuk musim baharu berikutan pemergian Sadio Mane, Divock Origi dan Takumi Minamino. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...