Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kaji semula kerja JKR untuk minimumkan projek sakit

    KUCHING, 30 JUN – Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak mahu mengkaji semula proses kerja Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sebagai sebahagian daripada usaha untuk meminimumkan berlakunya projek sakit.

    Menterinya yang juga Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jabatan itu sudah pun mempunyai prosedur operasi standard yang canggih namun masalah masih wujud.

    Beliau berkata pada masa ini terdapat 84 projek sakit di negeri ini.

    “Persoalannya mengapa ini masih berlaku? Amat kritikal projek itu dapat disiapkan kerana rakyat dan kerajaan mempunyai harapan yang sangat tinggi untuk JKR dan kementerian untuk melaksanakannya.

    “Jadi keutamaan kami ialah ada pelan tindakan untuk memastikan ia akan berjaya dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Sementara itu, Uggah berkata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga mahu kementerian itu mengkaji semula dasar, pembangunan dan strategi keseluruhan lima pelabuhan negeri itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...