Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kanser paru-paru akibat pencemaran udara?

    PARIS, 11 SEPT – Saintis kelmarin mengatakan mereka telah mengenal pasti mekanisme pencemaran udara yang mencetuskan kanser paru-paru dalam kalangan bukan perokok, satu penemuan yang dipuji pakar sebagai salah ‘satu langkah penting bagi sains dan masyarakat.’

    Penyelidikan itu menerangkan risiko kesihatan akibat partikel halus yang dihasilkan akibat pembakaran bahan api fosil, membawa kepada seruan terbaharu untuk langkah segera menangani perubahan iklim.

    Ia juga mungkin membuka laluan kepada bidang pencegahan kanser baharu, menurut Charles Swanton dari Institut Francis Crick UK. Swanton membentangkan penyelidikan, yang belum diterbitkan dalam mana-mana jurnal, pada persidangan tahunan Persatuan Perubatan Onkologi Eropah di Paris. Pencemaran udara telah lama dipercayai dikaitkan dengan risiko kanser paru-paru yang tinggi dalam orang yang tidak pernah merokok. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...