Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Cadang majikan beri cuti tambahan untuk pekerja jalani saringan kesihatan

    REMBAU, 11 SEPT – Kementerian Kesihatan mencadangkan agar majikan memberikan cuti tambahan sehari kepada pekerja untuk menjalani saringan kesihatan. 

    Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerjasama majikan awam dan swasta adalah penting dalam memastikan pekerja dapat melakukan pemeriksaan kesihatan dan meminta Kementerian Kewangan melihat peraturan yang boleh dibuat supaya majikan di negara ini memberikan cuti itu.

    “Apabila pekerja mahu melakukan pemeriksaan kesihatan, kebiasaannya setahun sekali, diharap majikan dapat berikan cuti, kadang-kadang apabila mahu melakukan saringan kesihatan, mereka terpaksa ambil cuti… 

    “Saya mohon majikan bagi cuti untuk tujuan saringan kesihatan sehari setahun kepada pekerja,” katanya kepada pemberita  selepas merasmikan Program Merdeka@Parlimen Rembau di Balai Raya Kampung Seri Kendong di sini hari ini. 

    Khairy juga berkata majikan perlu mengambil kira situasi pekerja yang mungkin tiada masa untuk melakukan saringan kesihatan pada hujung minggu.

    “Waktu bekerja tak boleh pergi, hari minggu sibuk dengan keluarga. Akhirnya mereka tak dapat buat saringan kesihatan.

    “Perkara ini saya sudah minta untuk Belanjawan 2023 akan datang kerana ia ada kesan kepada majikan,” katanya. – Bernama

    Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (dua, kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan pada program Merdeka Parlimen Rembau di Balai Raya Kampung Kendong kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...