Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Kapal tangki terbakar di luar pesisir Indonesia, 3 hilang

    JAKARTA, 27 MAC – Tiga orang dilaporkan hilang selepas sebuah kapal tangki terbakar di luar pesisir wilayah Nusa Tenggara Barat, Indonesia kelmarin, kata seorang penyelamat.

    Kapal itu dikendalikan oleh firma minyak milik kerajaan Indonesia, PT Pertamina, dan kemalangan itu berlaku tidak jauh dari pesisir simpanan minyak firma itu yang terletak di bandar Mataram di wilayah itu, kata Wahyu Efendi, ketua pejabat mencari dan menyelamat wilayah itu.

    “Kami menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada pukul 3:40 petang waktu tempatan.

    “Terdapat 17 orang di atas kapal, dan 14 daripada mereka telah diselamatkan, tetapi tiga lagi masih hilang,” katanya kepada Xinhua melalui telefon.

    “Kami akan meneruskan pencarian orang yang hilang hari ini,” kata Efendi. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...