Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kazakhstan adakan pungutan suara rombak perlembagaan

    ALMATY, KAZAKHSTAN, 5 JUN – Pungutan suara sedang dijalankan hari ini di Kazakhstan bagi merombak perlembagaan selepas pergolakan berdarah Januari lalu sekali gus menamatkan pemerintahan pemimpin pengasas, Nursultan Nazarbayev selama tiga dekad di negara terkaya di Asia Tengah.

    Pertumpahan darah, yang pada awalnya bermula sebagai demonstrasi aman membantah kenaikan harga minyak, meragut lebih 230 jiwa dan memaksa pihak berkuasa untuk membawa pasukan pengaman dari blok keselamatan diketuai Rusia.

    Gesaan bagi mewujudkan ‘Kazakhstan Baharu’ didorong oleh calon pilihan Nazarbayev sendiri bagi menggantikannya sebagai presiden pada 2019, Kassym-Jomart Tokayev.

    Tokayev, 69, menyifatkan pungutan suara itu sebagai peralihan daripada peraturan ‘super presiden’ kepada pengukuhan parlimen.

    Namun, ketiadaan keistimewaan khas bagi Nazarbayev, 81, akan mencuri tumpuan dalam pindaan perlembagaan itu.

    Sebelum berlakunya krisis Januari lalu, Tokayev dilihat sebagai memerintah di bawah bayangan Nazarbayev dan saudara-maranya.

    Malahan selepas meletak jawatan selaku presiden, Nazarbayev mengekalkan gelaran ‘Elbasy’ atau ‘pemimpin negara’ di bawah perlembagaan, peranan yang memberikannya pengaruh terhadap penggubalan dasar negara tanpa mengira kedudukan rasminya. – AFP

    Seorang penduduk membuang undi dalam pungutan suara bagi merombak perlembagaan selepas pergolakan berdarah yang menamatkan pemerintahan Nazarbayev.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...