Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Kedai roti ditutup selepas 90 tahun

    COLOGNE, JERMAN, 23 SEPT – Selama 90 tahun, keluarga Engelbert Schlechtrimen telah membakar rol gandum, roti rai, kek epal, keju dan coklat di Cologne, tetapi mereka akan menutup kedai mulai bulan depan disebabkan mereka tidak mampu membayar bil elektrik yang semakin meningkat akibat perang Rusia di Ukraine.

    Moyang Schlechtrimen membina kedai roti itu di Cologne sebelum Perang Dunia Kedua. Lelaki berusia 58 tahun itu mengambil alih perniagaan 28 tahun lalu daripada bapanya dan menukarnya kepada kedai organik yang menggunakan resipi tradisional dan melarang penggunaan bahan tambahan kimia di kedai itu.

    Namun, inovasi gagal menghalangnya daripada menutup perniagaan keluarganya – terdiri daripada kedai roti dan dua kedai yang menggaji 35 orang – selepas hampir satu dekad. Ia adalah mangsa krisis tenaga Eropah dicetuskan pemotongan gas asli oleh Rusia, digunakan untuk memanaskan rumah, menghasilkan elektrik dan kilang.

    Kenaikan dalam harga tenaga telah menjejas teruk perniagaan yang telah pun bergelut dengan kenaikan dalam kos lain tatkala inflasi meningkat.

    “Untuk seketika, kami telah berdepan beberapa krisis pada masa yang sama. Kekurangan pekerja, penutupan disebabkan pandemik koronavirus, kenaikan mendadak dalam kos bahan mentah dan sekarang ledakan kos tenaga,” kata Schlechtrimen pada minggu ini.

    Dia merujuk kepada kos bahan mentah yang naik 50 peratus. Dan ‘sekarang, timbulnya krisis kos tenaga. Setakat ini, kami hanya melihat kenaikan sebanyak 70 peratus, kerana kami memanaskan relau dengan minyak diesel. Kenaikan empat kali ganda dalam harga bakal berlaku.’

    Schlechtrimen cuba menjimatkan tenaga tetapi ia tidak memadai untuk membayar perbelanjaan yang semakin meningkat. – AP

    Seorang pekerja melayan pelanggan di kedai roti Engelbert Schlechtrimen di Cologne, Jerman pada 21 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...