Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kehilangan 12 tahun Anita Sarawak terjawab

    Kehilangan penyanyi Anita Sarawak sejak tahun 2011 mengundang pelbagai spekulasi dan pertanyaan apabila ramai ingin mengetahui punca dia membawa diri tanpa sebarang berita.

    Namun persoalan mengenai kehilangan penyanyi itu akhirnya terjawab selepas dia menghubungi rakan baiknya di Malaysia iaitu penulis lirik yang juga merupakan bekas wartawan hiburan, Roslen Fadzil.

    Menurut Roslen atau Slen, dia teruja apabila berpeluang bercakap sendiri dengan penyanyi lagu Seksis itu menerusi panggilan telefon kepada Shuib Taib yang juga merupakan bekas wartawan hiburan pada awal Mei lalu.

    Walaupun perbualan mereka singkat, Slen bagaimanapun berkata ia cukup bermakna kerana Anita sendiri berkongsi perkembangan hidupnya selepas 12 tahun menghilangkan diri.

    Menurut Slen dia diberitahu, Anita turut menyangkal dakwaan dirinya kini sedang sakit dan sudah bercerai dengan suaminya iaitu Mahathir Abdullah.

    Anita menghilangkan diri dari industri seni sejak 2011. – Agensi

    Sebelum itu, Slen menerusi Instagram memberitahu dia dihubungi oleh penyanyi itu pada 7 Syawal lalu.

    Meskipun sudah lama tidak berhubung, Slen berkata percakapan dan perbualan penyanyi berusia 70 tahun masih sama seperti dahulu.

    Malah, Anita juga masih mengikuti perkembangan semasa dunia hiburan di Malaysia menerusi perkongsian rakan-rakan di sini.

    “Suara Anita masih seperti dahulu. Dia seorang yang ceria seperti mana yang saya kenali dahulu.

    “Anita tidak lagi menyanyi sekarang ini dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Dia banyak menghabiskan masa dengan aktiviti yang disukainya seperti berkebun di rumah.

    “Tapi di mana dia tinggal pun saya tidak pasti. Dia dan suaminya suka mengembara, jadi tak tahu di mana mereka tinggal sekarang ini,” jelasnya.

    Untuk rekod, Anita bersama suaminya Mahathir menghilangkan diri pada tahun 2011 dan dikhabarkan berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat.

    Usaha wartawan hiburan menjejaki Anita dan suaminya tidak berjaya kerana sehingga kini tiada sebarang petunjuk di mana mereka menetap.

    Bukan itu sahaja, beberapa cerita tentang penyanyi itu sakit turut menjadi perbualan apabila ada yang ternampak dia menjalani rawatan di Kuala Lumpur dan Singapura sebelum ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...