Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Kelantan pilih Terengganu untuk uji kemampuan

    KOTA BHARU, 16 JAN – Kelantan United (KUFC) akan menguji keserasian dan kemampuan pemainnya menerusi aksi persahabatan menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Sabtu depan.

    Ketua Jurulatih KUFC, Tomas Trucha berkata perlawanan itu cukup penting kerana ia merupakan tugas pertamanya sebagai pengendali pasukan berkenaan.

    “Perlawanan ini cukup pen-ting kepada saya memandangkan baru sahaja mengambil alih sebagai Ketua Jurulatih KUFC tidak sampai sebulan bagi membawa cabaran pada saingan Liga Super.

    “Dalam perlawanan itu, saya juga akan menguji serta menilai dari aspek teknikal, taktikal dan kecergasan pemain,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Mengulas lanjut, jurulatih berasal dari Republik Czech itu berkata banyak perkara yang perlu dilakukannya untuk memastikan kecergasan dan mentaliti pemain berada pada tahap baik.

    “Semua pihak sama ada pemain dan jurulatih sedang bekerja keras dengan mengadakan sesi latihan untuk mengembalikan kecergasan serta membina taktikal bagi menghadapi perlawanan kompetitif nanti,” katanya.

    Saingan Liga Super musim ini dijangka bermula pada 24 Feb ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...