Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kem. Pembangunan anjur majlis Kesyukuran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Kementerian Pembangunan tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 Tahun yang berlangsung di Surau Kementerian Pembangunan, hari ini.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) di Kementerian Pembangunan, Ir Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-undang), Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit, serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Pembangunan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil, diikuti dengan Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan menunaikan sembahyang Fardu Asar berjemaah.

    Majlis itu diadakan sebagai melahirkan rasa kesyukuran atas kepimpinan Baginda Sultan dan seterusnya memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT semoga Baginda sentiasa dilimpahkan rahmat-Nya, sihat walafiat dan dilanjutkan usia selain Baginda Sultan dan kerabat diraja mendapat hidayah serta inayah daripada Allah SWT.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bersama jemputan lain semasa Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di Surau Kementerian Pembangunan, kelmarin. – Gambar serahan Kementerian Pembangunan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...