Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Kem. Pertahanan terima lawatan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Kementerian Pertahanan telah menerima lawatan rasmi Chief of General Staff of the VietNam People’s Army dan Deputy Minister of National Defence of Socialist Republic of Vietnam, Tuan Yang Terutama Senior Lieutenant General Nguyen Tan Cuong, yang berada di negara ini yang bermula 3 November hingga hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, di sini, sejurus tiba di Bolkiah Garison, TYT Senior Lieutenant General Nguyen Tan Cuong disambut oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin BolHassan dan seterusnya memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

    TYT Senior Lieutenant General Nguyen Tan Cuong turut berkesempatan untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Pemerintah ABDB di mana semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak telah menekankan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan pertahanan dan ketenteraan dua hala dalam menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap TYT Senior Lieutenant General Nguyen Tan Cuong, di Istana Nurul Iman.

    Dalam bidang pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Republik Sosialis Vietnam telah memeterai memorandum persefahaman dalam kerjasama pertahanan pada 2005.

    Kedua-dua buah negara mempunyai hubungan pertahanan yang rapat dan sudah lama terjalin yang merangkumi lawatan, pertukaran profesional, eksesais, latihan dan kursus.

    Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi berjabat tangan dengan TYT Senior Lieutenant General Nguyen Tan Cuong semasa lawatannya ke Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...