Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Kemboja beri vaksin budak 3-4 tahun

    PHNOM PENH, 23 FEB – Kemboja mula memberikan vaksin kepada kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun dengan suntikan vaksin buatan China, Sinovac hari ini selepas mendapati ramai kanak-kanak dijangkiti virus.

    Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen merayu kepada ibu bapa untuk membenarkan anak mereka untuk diberikan vaksin sebaik sahaja mereka dibolehkan dan berkata lima daripada 21 cucunya dan seorang anak perempuannya telah disahkan positif dijangkiti varian Omicron.

    “Untuk menangani COVID-19 tidak hanya bergantung pada pihak kerajaan atau Kementerian Kesihatan, tetapi ia memerlukan kerjasama orang ramai,” kata Hun Sen semasa upacara pecah tanah di kemudahan rawatan kumbahan air di luar pinggir Phnom Penh.

    Dia mengumumkan rancangan vaksinasi bagi kanak-kanak pada minggu lalu selepas pegawai kesihatan mendapati sekurang-kurangnya 25 peratus jangkitan yang baharu dilaporkan melibatkan kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

    Selepas memberikan vaksin kepada golongan dewasa dan remaja, Kemboja meluluskan suntikan untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun pada September tahun lalu sebagai persediaan untuk pembukaan semula sekolah. Pada November, vaksinasi untuk kanak-kanak berusia lima tahun telah diluluskan.

    Lebih 80 peratus daripada 17 juta penduduk Kemboja sudah menerima sekurang-kurangnya dua dos suntikan dan sebahagian besarnya menerima vaksin buatan China, Sinovac dan Sinopharm.

    Peningkatan mendadak dalam jumlah kes jangkitan baru-baru menyebabkan penduduk di Phnom Penh untuk menyimpan ubat anti virus untuk merawat mereka yang jatuh sakit atau sebagai persediaan untuk kemungkinan dijangkiti virus.

    Kemboja sudah mendapatkan Molnupiravir – pil yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Merck – yang diberi kelulusan oleh Kementerian Kesihatan untuk rawatan di rumah bagi kes ringan dan sederhana pada November lalu. Kemboja membeli empat juta pil, sesuai untuk merawat 10,000 orang.- AP

    Seorang kanak-kanak menerima vaksin keluaran China, Sinopharm di luar pusat kesihatan di Phnom Penh. Kemboja akan memulakan kempen vaksinasi untuk kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun bagi melawan penularan virus.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...