Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kes positif budak 11 tahun ke bawah cecah 4.5%

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Kes jangkitan COVID-19 di negara ini yang melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun dan ke bawah buat masa ini telah mencecah lebih kurang 700 orang atau 4.5 peratus.

    Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan yang berlangsung pada petang tadi.

    Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Menteri Kesihatan memaklumkan bahawa kes yang melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun dan ke bawah yang dijangkiti COVID-19 tidak menunjukkan sebarang gejala teruk dan tidak ada yang dikategorikan dalam kategori 4 atau 5.

    “Alhamdulillah buat ketika ini, tiada kes yang berada di dalam kategori 3 atau ke atas.

    Kebanyakan daripada mereka tidak mengalami gejala dan jika ada sekalipun hanya dalam kategori 2 sahaja,” tambah Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...