Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Ketahui khasiat kacang bendi

    Oleh Nurdiyanah R.

    Bendi atau nama saintifiknya Abelmoschus Esculentus (L) Moench merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang menghasilkan buah berisi kekacang yang boleh dimakan sebagai sayuran.

    Sayur yang tergolong dalam keluarga Malvaceae ini banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas dan lembap. Bendi juga dikenali dengan nama kacang lendir, kacang bender, ladies finger, okra, okua (Jepun), bamia (Timur Tengah) dan qiukui (Cina).

    Khasiat bendi untuk tubuh badan
    Penulis pernah terbaca, buah bendi diklasifikasikan sebagai sayur yang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan badan, di mana ia kaya dengan khasiat termasuk serat, vitamin C, A, B6, vitamin kompleks, besi, dan asid folik.

    Bendi juga dikatakan rendah dalam kalori dan bebas kandungan lemak. Serat dalam bendi dikatakan mampu meresap air dan mencegah serta merawat sembelit.

    Di samping itu, bendi bukan sahaja menggalakkan kesihatan pencernaan yang baik, malah bendi mengandungi kalsium tinggi yang baik untuk pembentukan tulang.

    Pokok bendi mempunyai daun berbentuk hati, besar dan helaian daunnya berpilin serta bunganya pula daripada jenis tunggal, berwarna kuning dan terletak di tepi daun.
    Bendi dikatakan amat baik kerana mempunyai biji yang halus dan psyllium di mana tidak seperti bran bijiran yang boleh merangsang atau mencederakan sistem usus.
    Lendir bendi dapat dijadikan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
    Serat dalam bendi juga dikatakan mampu menstabilkan gula dalam darah di mana gula itu diserap daripada sistem usus.

    Bendi juga mengandungi vitamin K yang berperanan mengurangkan keretakan tulang akibat rapuh dan sekaligus mengurangkan risiko osteoporosis.

    Selain itu juga, hasil pembacaan penulis, memakan sayuran yang tinggi vitamin C seperti bendi walau dalam jumlah yang sedikit mampu mengurangkan gejala asma.

    Bendi dikatakan amat baik kerana mempunyai biji yang halus dan psyllium di mana tidak seperti bran bijiran yang boleh merangsang atau mencederakan sistem usus yang sekali gus dapat melegakan dan mengawal pembuangan najis dengan lebih selesa. Serat dalam bendi juga dikatakan mampu menstabilkan gula dalam darah di mana gula itu diserap daripada sistem usus.

    Pelbagai jenis bendi
    Pokok bendi mempunyai daun berbentuk hati, besar dan helaian daunnya berpilin. Bunganya pula dari jenis tunggal, berwarna kuning dan terletak di tepi daun. Kapsul buahnya sepanjang tiga hingga 10 inci dan berbentuk silinder atau meruncing.

    Walau bagaimanapun terdapat pelbagai jenis bendi antaranya Bendi Clemson iaitu mempunyai kapsul bersudut berwarna hijau tua dan mengambil masa kurang dari dua bulan untuk masak, Bendi Emerald memiliki warna hijau tua dan mempunyai kapsul berbentuk bulan licin dan Bendi Lee pula tidak mempunyai tulang dan berwarna hijau terang serta kapsulnya bersudut yang lurus.

    Selain itu, Bendi Cina merupakan buah yang panjangnya boleh mencapai sehingga 10 hingga 13 inci dan Bendi Ungu sejenis yang hanya boleh dijumpai pada musim tertentu sahaja.

    Kegunaan tradisional
    Apabila mengimbas perkongsian daripada salah seorang penjaja di sekitar Tamu Kianggeh yang ingin dikenali sebagai Babu Hajah Simui kepada penulis bahawa orang-orang tua dahulu menggunakan air rebusan atau jus akar bendi untuk merawat bahagian luar anggota badan seperti luka, kudis dan bisul.

    Jelasnya, biji, akar dan bunga bendi pula dikatakan boleh direbus dan diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil. Manakala buahnya begitu baik untuk dimakan dan diamalkan bagi menguatkan otak terutamanya bagi memudahkan daya ingatan dan kecergasan.

    Selain itu, beliau turut mengongsikan sewaktu usia masih kecil, ibu bapa beliau sering memberikan air rebusan bendi yang dicampurkan dengan gula sebagai sirap ubat batuk dan rawatan sakit kerongkong lebih-lebih ketika kurang sihat. Tambahnya lagi, lendir buah bendi pula, mereka sekeluarga amalkan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...