Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ketua PBB gesa lakukan transformasi pendidikan

    NEW YORK, 20 SEPT – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres pada Isnin menggesa perubahan dalam sektor pendidikan dengan menumpukan kepada lima aspek antaranya melindungi hak semua individu terutama golongan wanita bagi mendapatkan pendidikan berkualiti, lapor Xinhua.       

    “Peluang pendidikan perlu diberi kepada semua, tanpa diskriminasi. Kita mesti memulihkan pendidikan yang terjejas di seluruh dunia kerana pandemik.

    “Di platform ini, saya merayu kepada pihak berkuasa di Afghanistan untuk menarik balik sekatan ke atas kanak-kanak perempuan bagi mendapat pendidikan. 

    “Pendidikan buat golongan ini adalah antara langkah paling penting untuk menyampaikan  mesej keamanan, keselamatan dan pembangunan mampan, di mana-mana sahaja,” katanya.

    Memandangkan guru adalah nadi kepada sistem pendidikan, beliau berkata terdapat keperluan untuk meneliti kembali peranan dan kemahiran mereka kerana peranan tenaga pengajar bukan sekadar memberi jawapan tetapi mampu menjadi fasilitator.  

    “Kita juga perlu menangani masalah kekurangan guru di peringkat global, dan meningkatkan kualiti menerusi status mereka serta memastikan mereka berada dalam persekitaran kerja yang baik di samping peluang latihan dan pembelajaran berterusan, serta menerima gaji yang mencukupi. – Bernama

    Antonio Guterres semasa menyampaikan ucapan pada sesi Perhimpunan Agung PBB ke-77 di ibu pejabat PBB di Bandar New York kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...